• travelminah9

Pernah Dengar Bruges?

Updated: Sep 24

Kali ni Minah Travel nak share travel story Ms Sarah Belle yang juga merupakan (favorite Minahtravel) baker Flavox Patisserie ke Europe tahun lalu. Destinasi best yang menjadi highlight Ms Sarah adalah Bruges, Belgium.



Sedikit mengenai Bruges. It is canal based Northen cities and sometimes referred to as the Venice of the North. Perkataan Bruges situ dari Brugga bermaksud bridge (jambatan). Jom kita tengok hotspots di Bruges. Mana tau korang boleh add dalam itinerary holidays post-COV19 nanti (sempat lagi ni nak menabung).


Here goes: Perjalanan Brussels– Bruges mengambil masa sejam menaiki keretapi.Tiket keretapi boleh di beli di kaunter intercity. Cuaca di Bruges lebih sejuk. Tak silap I dalam -2 celcius. Sejuk ke tulang!




Bandar Bruges lebih kecil dari Brussels. Best to enjoy by foot. Semuanya walking distance. Boleh enjoy scenery. Sambil jalan boleh singgah kedai di kiri kanan. Enjoy Waffle, makan homemade Belgian Chocolate (you can see them making it at the back of the shop), minum Hot Choc yang sangat sedap.




Best tentang Bruges adalah bangunannya diklasifikasi sebagai neo- gothic, architecture dari zaman pra-Rom yang masih utuh dan kekal baik. Ada kereta kuda yang masih beroperasi namun lebih kepada tourist attaraction dan juga canal (tali air).Jadi disini boleh ambil boat tour untuk melalui canal canal di Bruges. Malah ianya lebih murah berbanding dengan kota kota popular yang lain di Eropah.

Bruges, I consider as unexpected attractions. Tidak hairanlah bandar kecil ini diwartakan sebagai salah satu UNESCO World Heritage site juga. Di sini terdapat beberapa church dan chapel yang masih beroperasi sejak dari abad pertengahan. Antaranya Basilica of the Holy Blood ( which they claim has the vial for Christ blood) dan Church of our Lady. Terdapat banyak muzium di sini, yang paling menarik dan rare adalah Torture Museum Oude Steen. Dari entrance, boleh dengar eerie music and horrible sound. Gambar gambar tergantung sepanjang entrance, and its all horrible and scary photos to look at. Tapak museum itu adalah tapak asal penjara (dungeon) di zaman abad pertengahan dimana mereka menyeksa banduan banduan (hmm mcm war museum penang gak la ni) dan disini they display all the torturing method during those time and all the equipments displayed were real things used.


Bruges juga terkenal dengan art gallery yang banyak. I assume they really appreciate art. Sempat juga saya masuk salah satu gallery, but I am not a person who know how to appreciate art. Jadi feel tu tak sampai. Hehe.

Seterusnya kami melalui kawasan di mana Belfry Tower which the most prominent symbols of Bruges. Menara ini digunakan pada zaman dahulu sebagai menara kawalan untuk memantau api dan keadaan bahaya yang lain.

Berhadapan dengan Belfry Tower terletaknya pula Market Square. Disini terdapat aktiviti jualan seperti bazar untuk barangan lokal dan restoran. Pada zaman pra-rom, dikawasan inilah berlakunya aktiviti weekly market. Major attraction for tourist at Market Square is Historium. Di mana pelancong akan dibawa merasai pengalaman zaman pra abad Bruges, abad ke- 15 secara virtual.


Kita dah berada di akhir day trip kami di Bruges. Kami pulang ke Brussel semula pada jam 4 petang dan di ketika Brussels kami menghabiskan sisa masa dengan menikmati street bands, keluar dan masuk kedai dan membeli cenderamata.

***So, pada korang yang dah baca itinerary ringkas Ms Sarah ni, jangan lupa tag geng geng kaki travel korang atau pasangan korang untuk bagi hint.

*** Buat pembaca pembaca yang sudi nak share stories travel korang, boleh pm kami juga ye.


#minahtravel #belgium #bruges #brugga #brussel #belgianchocolate #handmadechocolate #belgianwaffles #canal #belfrytower #marketsquarebruges #historium #torturemuseum #warmuseumpenang #ourdesteen #belfrytower #europe #jomtravel #jomminahtravelsamasama #openeuropetrip #europetrip #girlstrip #travelpostcov19

1 view

Recent Posts

See All