• travelminah9

Minah buang teritip bot di Pulau Kapas

Updated: Sep 24, 2021

Minah minggu ini kami kenalkan anda kepada Dayah Zukri. Wanita yang membantu nelayan atau 'boatman' untuk bersihkan bot mereka dengan membuang teritip di Pulau Kapas.



Kalau anda tengok cara minah ni buat kerja, hebat bukan? Ini memang kerja pro sebab perlu mahir balance kan badan ketika dalam air dan jaga kawal pernafasan sepanjang proses ini. Kira kerja ni memang bahaya. Hanya orang yang terlatih atau biasanya boatman je yang buat.

Kenapa mereka perlu buang teritip tersebut? Kerana mereka tidak mahu bot mereka bertambah berat. Ia akan menggangu ketika mereka membawanya.


Untuk mereka yang mahir membuat kerja ini biasaya hanya ambil masa dalam 2 ke 3 hari untuk siap. Tetapi untuk dayah, dia mengambil masa dalam seminggu. Bila tanya dia macam mana boleh terfikir nak buat kerja ini, katanya dia memang kerap ke laut terutama ke Pulau Kapas dan selalu nampak boatman dekat taman laut sedang bersihkan bot. Lalu, tergerak hatinya nak cuba membantu. Kagum tengok minah ni VOLUNTEER untuk buat kerja ini.

 

#minahtravel #minahstories #dayahzukri #pulaukapas #divers #diver #dive #terengganu #girlpower #travelustislands

7 views

Recent Posts

See All