• travelminah9

Makanan yang berkualiti dengan harga yang mampu milik di Denali & Pinnacles, Bangi

Updated: Sep 24


Korang yang nak cari makan di Bangi tu boleh try cafe ni. Cafe yang cantik dihiasi dengan lampu-lampu dan pokok-pokok ni terletak di atas rooftop rumah kedai di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Mesti buat korang terpukau. Cafe cantik-cantik ni, makanan sedap ke? Yes! Owner cafe ni adalah anak muda yang menceburi bidang kulinari dan mempunyai minat yang mendalam dengan makanan & minuman. Syok dengar owner yang humble ni cerita macam mana idea menu nya dihasilkan. Menu mereka bukan amik je ape yang cafe lain buat tapi reka sendiri untuk menghasilkan menu fusion yang kena dengan selera kita.




Makanan di Denali & Pinnacles ni di inspirasi oleh masakan jepun, arab, peruvian dan mediterranean. Yang paling best bagi MT adalah signature sos nya yang unik dan sedap, sesuai untuk setiap main course seperti Hot & Spicy Pasta Siracha dan Peruvian Grilled Chicken, antara menu yang paling popular kat sini. Dengar macam sedap kan, mahal tak? Bagi MT, harga kat sangat sesuai dengan bajet marhaen. Boleh tengok harga di gambar dengan portion yang cukup puas hati.

Pssstt..nak bagitau siap-siap, sebelum datang tu better buat booking dulu sebab tempat ni memang sentiasa penuh.


Denali & Pinnacles The Wanderer's cafe Denali & Pinnacles the Wanderer's Cafe
Waktu Operasi : 4pm -12am
Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
013-6563594

#minahtravel #DenaliandPinnacles #food #foodie #bangi #BandarBaruBangi #cafe #hipstercafe #nicecafe #goodvibes

57 views

Recent Posts

See All

LEMANG