• travelminah9

Kisah Kehidupan Seorang Minah Pengusaha Agro

Updated: Sep 24

Jom tonton kisah kehidupan Minah ni sebagai seorang pengusaha agro secara organik. "Kehidupan seharian aku lazimnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu amali dan teori. Amali macam yg dalam video ni, aktiviti kebun secara praktikal seperti menyemai, menjaga, memangkas dan teori pulak pembacaan pada sebelah malam tentang tanaman yg mana akan dipraktikkan pada siang hari berikutnya.

2 benda penting untuk penjagaan pokok ialah tanah dan baja yg mana aku buat sendiri dari bahan organik seperti kompos cacing, ayam dan juga mikroorganisma tanah. Semua bahan terdiri daripada bahan organik.

Tanaman organik dapat menyelamatkan bumi dari sebarang pencemaran alam terutamanya pencemaran udara dan air yg biasa terjadi hasil dari sisa buangan dan penggunaan baja dan racun kimia yg berlebihan dari pengusaha tanaman secara kimia. Bercucuk tanam lah secara organik untuk kesejahteraan diri, keluarga dan alam sekitar."




#MinahStories: Nuraishah Shamsuddin

#AmalanHidupHijauBermulaDiRumah #GayaHidupHijauMalaysia #KetsaPenghijauanMalaysi #MinahInspires #GoGirl #WomenEmpowerement #Eco #Organic #Green #NuraishahShamsuddin

1 view

Recent Posts

See All