• travelminah9

Kemaman, syurga penggemar kedai kopi

Updated: Sep 24, 2021

Kemaman memang dah lama popular sebagai port bagi orang luar singgah untuk minum kopi dalam perjalanan mereka ke Kuala Terengganu atau sekitarnya.

Hai Peng dan Kedai Kopi Kemaman antara yang famous kat sana. Walaupun dah lama mereka beroperasi, orang tetap ramai di waktu pagi dan malam.

Pilihan untuk kedai kopi pun makin bertambah. Kalau dulu orang kenal yang famous je, sekarang kalau tanya orang local dah ada banyak warung kopi di sekitar bandar Kemaman.

Antara yang menjadi tarikan saya adalah Kedai Kopi Vietnam Kemaman. Suasana kedai kopi ini memang best, santai dan dihiasi dengan barang-barang lama. Kopi pun sedap dan murah. Secawan kopi vietnam bermula dengan harga RM3 je. Makanan pun ada dijual disini seperti nasi lemak, mee celup, mee kari dan macam-macam lagi. Korang kena cuba roti bakar mereka, tebal. Disalut pula dengan mentega dan kayu resepi mereka sendiri..memang sedap. Harga pun semua mur mur je..boleh lepak dengan kawan-kawan atau family korang sampai berjam-jam.

So, kalau singgah ke Kemaman kene cuba minum kopi disini dan boleh try Kedai Kopi Vietnam Kemaman ni. Lokasinya sebelah Hai Peng 1st branch.

 
Kedai Kopi Vietnam Kemaman By MamaGudey Cafe 1023, Jalan Perhiburan, Chukai 24000 Kemaman, Terengganu, Malaysia
017-864 8287

#minahtravel #kemaman #mamagudey #kedaikopi #kedaikopivietnamkemaman #kopivietnam #amazingterengganu #terengganu #cuticutimalaysia

594 views

Recent Posts

See All

LEMANG