• travelminah9

Jom Kenali Kuala Gandah & Gajah Asia

Updated: Sep 24


Kuala Gandah ni terkenal dengan pusat konservasi gajah kebangsaan. Pusat ni baru dibuka semula dari pengubahsuaian untuk menaik taraf kemudahan awam. Kalau korang nak belajar tentang gajah, sini la tempat dia!

Di sini kita boleh belajar bagaimana pusat ni menyelamat, merawat dan pelihara gajah agar populasi mereka dijaga. Ingat, kita bukan nak pergi tengok pertunjukan gajah atau nak naik gajah. sebab aktiviti macam tu sinonim dengan penderaan gajah.


Antara aktiviti yang menarik kat sini adalah mandi bersama gajah tapi disebabkan musim PKP ni aktiviti tu diberhentikan sementara sehingga keadaan pendamik ini pulih. Walaubagaimanapun bagi pengunjung yang datang, dapat tengok gajah mandi pun dah seronok!


Selain itu, ada juga buat persembahan gajah tapi bukan yang macam sarkas tu, ini adalah persembahan yang berbentuk informatif.


Gajah Asia


Gajah Asia merupakan mamalia terrestrial terbesar di Malaysia. Gajah Asia boleh didapati di Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan.


Berat badan Gajah Asia boleh mencecah sehingga 5000kg dan tinggi boleh mencapai sehingga 3 meter! Populasi gajah di Semenanjung Malaysia dianggarkan tinggal sebanyak 1,220 hingga 1,460 ekor saja lagi berdasarkan data oleh Jabatan PERHILITAN.





Selain daripada Pusat Konservasi Gajah, di pekan Lanchang ini iaitu di Kuala Gandah mempunyai 2 lagi produk pelancongan iaitu Deerland dan Gandah Forest Park.


Dari Kuala Gandah tu, 8 minit je korang akan sampai ke Deerland Park. Di sini korang boleh bagi rusa makan di kawasan yang terbuka. Ada juga haiwan-haiwan lain dari pelbagai spesis. Untuk mereka yang mahukan aktiviti lain, boleh singgah ke Gandah Forest Park, kat sini korang boleh naik ATV, kereta kuda dan ada juga disediakan chalet.


So lepas ni kalau bercadang nak bercuti di Pahang apa kata korang datang ke Kuala Gandah ni. Aktiviti menarik untuk keluarga anda!


Jom tengok video penuh trip kami dibawah:



1) The Kuala Gandah Elephant Conservation Centre

Terletak 15 km dari pekan Lanchang, Temerloh, Pahang Darul Makmur, Malaysia

Business Hours:

8.00 am hingga 1.00 pm

2.30 pm hingga 4.30 pm (Isnin - Ahad)


Tel: 013 9790272 / 013 9088207

E-mail: necc@wildlife.gov.my

Laman web: www.wildlife.gov.my


2) Deerland Park Bukit Rengit road, Lanchang, Pahang

Tel: 013-967 6242

Business Hours:

10.30am - 5.30pm (Friday off)


3) Gandah Forest Park

Tel: 019-930 6328

Laman web: gandahforestpark.blogspot.com/



#minahtravel#visitpahang#jalanpahangjom#pahangsimplyawesome#pahangtrulymalaysia#tourismpahang#famtripsiri3tourismpahang2020#pekansehari#traveldomestic#unveilmalaysia#malaysia#trulyasia#elephantconservation#kualagandah#lanchang#temerloh#ElephantOrphanageSanctuary#sanctuary#deerland#park#deerlandpark#pettingzoo#gandahforest#gandahforestpark#forestpark​ SHOW LESS



7 views

Recent Posts

See All