• travelminah9

Homestay yang Hipster di Port Dickson

Updated: Sep 24


Rumah Hipster PD terletak di lokasi yang strategik iaitu tepi highway Port Dickson, tak jauh dari exit tol. Rumah teres setingkat ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Yang menariknya, rumah ini dilengkapi dengan kiddie swimming pool. Memang sesuai untuk famili yang mempunyai anak kecil.

Rumah ini boleh muat 5 ke 6 orang. Kelangkapan pun cukup. Jadi bagi famili yang nak bercuti di Port Dickson tu kalau ahli keluarga dah ramai, tak perlu la ambil hotel. Lebih selesa ambil homestay betul kan? Boleh la masak dan berkumpul bersama. Bila duduk di rumah homestay yang cantik macam ni baru lah feel holiday kan?



Untuk info lebih lanjut tentang homestay ini, boleh lihat dibawah:

Rumah Hipster Port Dickson _rumah teres satu tingkat_ _(3 bilik tidur 2 bilik air)_

Lokasi : _Taman Sunggala Hartamas Exit highway Seremban - Port Dickson_

3 min ke Muzium Tentera Darat 3 min ke PUSASDA 5 min ke Hospital Port Dickson 5 min ke PD Gateway 5 min ke Pantai Cahaya Negeri 7 min ke Pantai Teluk Kemang 7 min ke Politeknik Port Dickson 12 min ke Ostrich Farm 12 min ke Rumah Terbalik 20 min ke Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan

Kemudahan yang disediakan Kolam renang private dan tempat istirehat Bilik utama ( katil king, aircond, almari, aircond, kipas siling) Bilik kedua ( katil queen, kipas siling, aircond,) Bilik ketiga (katil single,aircond,kipas, seterika dan papan seterika) Meja makan dan kerusi 6 tempat duduk Ruang tamu (aircond, kipas siling, TV Njoi, dvd, sofa) Dapur ( periuk nasi, penapis air Cuckoo, peti ais, dapur gas, tong gas & peralatan asas untuk memasak ) 2 Bilik air (Pemanas air di bilik air utama sahaja)

No 332 Lorong 17B 71050 Kampong Si Rusa, Negeri Sembilan, Malaysia
https://waze.com/ul/hw22qnj0r6
www.wasap.my/601111951845

#minahtravel #rumahhipster #portdickson #pd #negeri9 #homestay #familystaycation #kidsfriendly #hipster #cuticutimalaysia #malaysiatrulyasia #homestaypd #homestaypdwithpool #privatepoolhomestay #kiddiepool #homestaycantik #homestayhipster

60 views