• travelminah9

Art Street Kangar

Updated: Sep 24



Steet Art 2.0 mengubah kehidupan malam di Kangar yang dahulunya sebuah lorong yang sepi dan suram di belakang pejabat CIMB Bank Kangar. Ianya berubah wajah setelah seramai 15 orang pelukis di Perlis tampil melakukan projek mural di sepanjang lorong itu.


Kini, lorong itu menjadi pusat tarikan Kangar dengan hiasan lampu-lampu yang meriah serta aktiviti yang menarik pada setiap malam minggu. Antaranya, persembahan busker/band, permainan tradisional seperti tuju kasut, batu seremban dan terdapat juga artis yang boleh melukis potret atau karikatur anda.


Jadi kalau datang ke Perlis, jangan lupa singgah ke Kangar Street Art 2.0 untuk melihat kreativiti anak jati Perlis yang menghasilkan karya sinonim dengan identiti Perlis.



📌Lorong Seni, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis

Photos by Greenpixel



#minahtravel #myPerlis #JomPiPerlis #maipakatmai #perlisdestinasiselamat #permailagimempesona #kamihemoi #northerngems #unicastanaholidays #letstravelwithourunicstyle #discoverperlis #malaysiatrulyasia #unveilmalaysian #unveilmalaysia #discovermalaysia

0 views

Recent Posts

See All