• travelminah9

Apa itu Sports Tourism?

Updated: Sep 24, 2021

Sports Tourism atau Pelancongan Sukan menggabungkan kedua-dua aktiviti sukan dan riadah yang biasanya menarik pelancong ke destinasi menarik yang terkenal dengan tarikan fizikal atau semula jadi.



Ia juga diiktiraf sebagai salah satu pasaran pelancongan yang berpotensi besar dalam sektor ekonomi dan antara sektor yang berkembang pesat. Baru-baru ini, MT hadir dalam pelancaran "JAGUH" dan MoU antara ICFL dan GR TRAVEL & TOURS di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Tourism Malaysia. Sebuah projek kolaborasi antara Inter Club Football League (ICFL) dengan GR Travel & Tours Sdn. Bhd.



Ia bertujuan untuk mencungkil bakat pemain bawah 14 tahun dan juga dapat meningkatkan bola sepak negara & sektor pelancongan negara. Yang menariknya, peserta yang berminat untuk masuk program "Jaguh" ini tidak perlu terlibat dalam mana-mana kelab bola. Hanya perlu mendaftarkan diri untuk seminar dan menjalani pemilihan kelayakan. Dengan adanya program ini, ia bukan saja dapat menaikkan mutu bola sepak tapi dapat juga mempamerkan bakat anak muda yang sebelum ini tidak berpeluang untuk tampilkan bakat mereka.


Jadi, industri pelancongan ni bukannya untuk melancong je. Sports Tourism ni juga bukannya hanya sekadar berkaitan dengan menonton acara sukan saje. Industri sukan ni sebenarnya sangat luas dan boleh mempamerkan sukan kita di mata dunia.


Antara yang hadir dalam pelancaran "Jaguh" dan MoU ini adalah Pengarah Kanan Domestic dan Acara Tourism Malaysia, Dato' Dr. Ammar Bin Abdul Ghapar; Presiden ICFL-Inter Club Football League, Dato' Kamil Mokhtar dan Pengarah GR TRAVEL & TOURS, Puan Marlina Ramly.


Turut juga hadir, selebriti tanah air dan juga bekas pemain kebangsaan.


Majulah sukan utk negara.

Majulah sektor pelancongan negara.


MINAH TRAVEL SUPPORTS SPORTS TOURISM MALAYSIA!


 


#MinahTravel #GRTravel #sportstourism

#ICFL #CutiCutiMalaysia #sukan #bolasepak

#malaysia #kbs #MajulahSukanUntukNegara #TourismMalaysia #visitmalaysia #TM2020 #TM

80 views

Recent Posts

See All

LEMANG