• travelminah9

Apa Ada di Hogoh De Coco??

Updated: Sep 24, 2021

Macam-macam ada! Patut lah kedai makan ini viral di Kuantan dan Temerloh.

Kedai mereka sentiasa penuh dan 'area drive thru' sentiasa jem! (yes, boleh drive thru!)


Coconut Shake meupakan menu yang paling utama di Hogoh De Coco ini. Tentu la, nama kedai pun 'coco' iaitu coconut. Ia sangat popular sehinggakan agong kita pun pernah minum! Selain, perisa original mereka, Hogoh De Coco juga menyediakan flavour yang berlainan seperti Chocolate Chip Shake, Caramel Coffee Shake, Strawberry Red Shake, Honeydew Shake, Mango Shake, Watermelon Shake dan banyak lagi! Keseluruhan perisa mempunyai 10 jenis! Saya sempat merasa Avacado Shake, sedap!

Saya ingat datang ke kedai ini untuk merasa coconut shake atau segala macam shake je. Rupanya saya silap. Ada banyak menu lain yang boleh dapat disini dan semuanya nampak menyelerakan. Antara menu yang popular disini ialah Tauhu Bergedil, Nasi Lemak, Nasi Ayam Kerinting Sambal Berdesing, Ayam Goreng, Chicken Simbah Cheese (ayam ni memang betul-betul disimbahnya dengan cheese) Cheesy Wedges, Pisang Goreng Crispy dan dessert yang paling digemari ramai, Coconut Ice Cream.




Selepas melihat modus operasi Hogoh De Coco ini, saya berasa bangga anak muda orang tempatan Temerloh ini membina 'franchise' mereka setanding F&B franchise yang lain. Branding mereka cantik, makanan pun bermutu dan sedap, service yang lengkap dan paling penting ia buatan tempatan.


Jom support produk kita!

Semoga Hogoh De Coco dapat berkembang lagi ke serata Malaysia.

Temerloh (HQ): Hogoh De Coco Paya Pulai Jalan Maran Temerloh, Malaysia
Opening Hours: 10 AM - 11 PM (Everyday)
09-297 3277
Kuantan: Hogoh De Coco - Kuantan Lot 3, Jalan Gambut Kuantan, Malaysia
Opening Hours: 10 AM - 10 PM (Everyday)

 

#hogohdecoco #temerloh #kuantan #minahtravel #kedaitepijalan #geraitepijalan #visitpahang #jalanpahangjom #pahangsimplyawesome #pahangtrulymalaysia #tourismpahang #famtripsiri3tourismpahang2020

103 views

Recent Posts

See All

LEMANG